Manaqib
al-Imam al-Habib ‘Abdullah bin ‘Alwi bin Muhammad al-Haddad رضي الله عنه
Sempena Majlis Haul al-Imam al-Habib ‘Abdullah al-Haddad tahun 1430H, maka ambo ingin berkongsi sekelumit manaqib beliau رضي الله عنه. Manaqib serba ringkas ini sebenarnya dah pun ambo paparkan diblog al-Fanshuri sewaktu menceritakan pengalaman ziarah ke Hadramaut. Cuma yang ini, ambo tambah mana yang kurang. Untuk lebih mengenali beliau رضي الله عنه, bacalah kitab-kitab karangannya.

Nasabnya
yang mulia: al-Habib Abdullah bin ‘Alawi bin Muhammad bin Ahmad bin Abdullah
bin Muhammad al-Haddad bin ‘Alawi bin Ahmad bin Abi Bakar bin Ahmad bin Abi
Bakar al–Thowil bin Ahmad bin Muhammad bin Abdullah bin al-Faqih Ahmad bin
‘Abdurrahman bin ‘Alawi bin Muhammad Shahib Mirbath bin ‘Ali bin ‘Alwi Khali’
Qasam bin Muhammad bin ‘Alwi bin Ubaidillah bin Ahmad al-Muhajir bin ‘Isa
al-Rumi bin Muhammad an-Naqib bin ‘Ali al-Uraidhi bin Ja’far ash-Shadiq bin
Muhammad al-Baqir bin ‘Ali Zain al-‘Abidin bin al-Hussin al-Sibth bin ‘Ali
suami Fathimah al-Zahra’ binti Muhammad Rasulullah صلى الله عليه
وسلم.
Al-Imam
Al-Habib Abdullah bin ‘Alawi bin Muhammad bin ‘Ali al-Haddad رضي الله عنه
diputerakan pada malam Itsnain 5 Shafar 1044H (30 Julai 1634M). [ada riwayat
yang mengatakan bahwa beliau رضي الله
عنه
dilahirkan pada malam Khamis 5 Shafar 1044H sebagaimana disebut oleh Thoha bin
Hasan bin 'Abdurrahman as-Seggaf]. Ini sebagaimana disebutkan oleh Syaikh
‘Ahmad bin ‘Abdul Karim al-Hasawi as-Sajjar didalam kitab yang bertajuk
Tatsbitul Fuad bi Zikri Kalam Majalis al-Quthub al-Imam ‘Abdullah bin ‘Alawi
bin Muhammad al-Haddad, beliau berkata: Beliau رضي الله
عنه
berkata:
Kami
telah menghafaz tarikh kelahiran kami daripada ibu kami. Ibuku berkata: Aku
dilahirkan pada malam Itsnain, tanggal 5 Safar, tahun 1044H. Beliau رضي الله عنه
bercerita lagi: Seorang jiran wanita membungkusku dengan pakaian ayahku. Malam
itu aku menangis dan menjerit-jerit sampai pagi. Lalu ibuku berkata kepada
sebahagian wanita yang berada didalam rumah: Cuba engkau lihat, apa terjadi
kepada anakku, kenapa dia tidak mahu diam. Wanita itu kemudian memeriksa kain
yang membalutku. Ternyata didalamnya terdapat seekor kala jengking yang sangat
besar. Badanku merah-merah kerana sengatannya [dalam setengah riwayat
mengatakan lebih dari 20 sengatan].
Beliau
didlahirkan disebuah perkampungan bernama Subair yang terletak berhampiran
dengan kota Tarim di Wadi Hadhramaut, di Selatan Yaman. Beliau membesar didalam
lingkungan keluarganya yang terkenal dengan kesholehan.
Ayahnya
Habib ‘Alawi bin Muhammad al-Haddad, sejak kecil berada di bawah asuhan ibunya
Hababah Salwa, yang dikenal sebagai wanita ahli ma’rifah dan wilayah. Bahkan
al-Habib Abdullah bin Alawi al-Haddad رضي الله
عنه
sendiri banyak meriwayatkan kekeramatan ayahnya. Datuk al-Habib Abdullah
al-Haddad dari sebelah ibunya Habib Umar bin Ahmad al-Manfar Ba’Alawi yang
termasuk ulama yang mencapai darjat ma’rifah yang sempurna. Imam al-Haddad رضي الله عنه
meriwayatkan sekitar 45 karamah yang dimilikinya.
Imam
al-Haddad رضي
الله
عنه
mendapat didikan awal dari ayahandanya Habib ‘Alawi bin Muhammad al-Haddad dan
ibundanya Hababah Salma binti Idrus bin Ahmad bin Muhammad al-Habsyi .
Ketika
umurnya 4 tahun, beliau رضي
الله
عنه
telah diserang penyakit cacar hingga menyebabkan beliau buta kedua matanya.
Walaubagaimanapun matahati terang benderang. Sewaktu kecilnya beliau tidak
menghabiskan masanya dengan bermain sebagaimana anak kecil sebayanya. Beliau رضي الله عنه
menghabiskan waktunya dengan menghafal al-Quran, bermujahadah an-Nafs dengan
mengerjakan banyak ibadah dan mencari ilmu.
Ayahnya,
al-Habib ‘Alawi bin Muhammad al-Haddad wafat pada malam itsnain awal bulan
Rajab 1072H. Kemudian disusuli pula oleh ibunya iaitu pada hari Rabu, tanggal
24 Rajab 1072H. Ketika itu Imam al-Haddad sudah berumar 28 tahun.
Guru-gurunya:
Diantara guru-guru beliau رضي الله
عنه
adalah:
al-Habib
Muhammad bin ‘Alawi bin Abu Bakar bin Ahmad bin Abu Bakar bin ‘Abdurrahman
al-Saqqaf (1002 – 1071H)
Syaikh Abu Bakar bin bin Imam ‘Abdurrahman bin ‘Ali bin Abu Bakar bin Syaikh ‘Abdurrahman al-Saqqaf
al-Habib ‘Aqil bin ‘Abdurrahman bin Muhammad bin ‘Ali bin ‘Aqil bin Syaikh Ahmad bin Abu Bakar bin Syaikh bin ‘Abdurrahman al-Saqqaf
al-Habib ‘Umar bin ‘Abdurrahman al-‘Atthas bin Aqil bin Salim bin Abdullah bin Abdurrahman bin Abdullah bin Abdurrahman al-Saqqaf (wafat:1072H).
al-Habib ‘Abdurrahman bin Syaikh Maula ‘Aidid Ba’alawi (wafat: 1068H)
Sayyid Syaikhan bin Imam al-Hussein bin Syaikh Abu Bakar bin Salim
al-Habib Syihabuddin Ahmad bin Syaikh Nashir bin Ahmad bin Syaikh Abu Bakar bin Salim
al-Habib Jamaluddin Muhammad bin Abdurrahman bin Muhammad bin Syaikh al-Arifbillah Ahmad bin Syaikh al-Hussein bin Syaikh al-Quthb al-Rabbani Abu Bakar bin Abdullah al-‘Aydrus (1035-1112H)
Sayyid al-Faqih al-Shufi Abdullah bin Ahmad Ba`alawi al-Asqa’
Sayyid Syaikh al-Imam Ahmad bin Muhammad al-Qusyasyi (wafat 1071H)
Khirqah Sufiyah: Imam al-Haddad رضي الله عنه menerima khirqah sufiyyah, antaranya daripada:

‘Aqil bin ‘Abdurrahman bin Muhammad bin ‘Ali bin ‘Aqil bin Syaikh Ahmad bin Abu
Bakar bin Syaikh bin ‘Abdurrahman al-Saqqaf,
al-Habib ‘Umar bin ‘Abdurrahman al-‘Atthas bin Aqil bin Salim bin Abdullah bin Abdurrahman bin Abdullah bin Abdurrahman al-Saqqaf (wafat:1072H),
al-Habib Syihabuddin Ahmad bin Syaikh Nashir bin Ahmad bin Syaikh Abu Bakar bin Salim,
al-‘Arifbillah Syaikh Muhammad bin ‘Alawi as-Saqqaf al-Makki
Beliau adalah merupakan Quthub al-Aqtab pada zamannya. Dan ada ulama mengatakan bahwa beliau رضي الله عنه menduduki makam tersebut hampir 60 tahun.

Murid-muridnya:
Murid-murid beliau, antaranya:-
al-Habib Hasan bin ‘Abdullah
al-Haddad (anak beliau);
al-Habib Ahmad bin Zein al-Habsyi;
al-Habib ‘Abdurrahman bin ‘Abdullah Balfaqih;
al-Habib Muhammad bin Zein bin Smith;
al-Habib ‘Umar bin Zein bin Smith;
al-Habib ‘Umar bin ‘Abdurrahman al-Bar;
al-Habib ‘Ali bin ‘Abdullah bin Abdurrahman al-Saqqaf;
al-Habib Muhammad bin ‘Umar bin Thoha ash-Shafi al-Saqqaf;
Syaikh Ahmad bin Abdul Karim al-Hasawi asy-Syajjar
Al-Faqih BaJubair – beliau adalah merupakan guru kepada Imam al-Haddad dalam ilmu fiqih namun setelahnya ulama ini bellajar kitab Ihya kepada Imam al-Haddad. Imam al-Haddad berkata: Setelah kembali ke Hadramaut (dari India) dia belajar Ihya kepadaku. Aneh sekali! Dahulu aku belajar fiqih kepadanya, namun sekarang dia belajar ihya kepadaku.
dan ramai lagi
Penulisan: Beliau رضي الله عنه mula menulis ketika berumar 25 tahun dan karya terakhir beliau ditulis pada ketika usianya 86 tahun. Karya al-Habib Abdullah bin ‘Alawi al-Haddad, antaranya:-

Risalah al-Muzaakarah ma’a al-Ikhwan
al-Muhibbin min Ahl al-Khair wa ad-Din (رسالة المذاكرة مع
الإخوان المحبين من
أهل
الخير
والدين)
– kitab ini selesai ditulis pada hari Ahad sebelum waktu Dhuhur, akhir bulan
Jumadilawwal 1069H.
Risalah al-Mu’aawanah wa al-Mudzaaharah wa al-Mu`aazirah li ar-Raghibin minal Mu’minin fi Suluki Thoriqil Akhirah (رسالة المعاونة والمظاهرة والمؤازرة للراغبين من المؤمنين في سلوك طريق الأخرة) – kitab ini selesai ditulis pada tahun 1069H, sewaktu beliau berusia 26 tahun. Dan ditulis atas permintaan Habib Ahmad bin Hasyim al-Habsyi.
Risalah Aadab Suluk al-Murid (رسالة آداب سلوك المريد) – kitab ini selesai penulisannya pada tanggal 7 atau 8 Ramadhan, tahun 1071H.
Ithaf as-Saail bi Jawaab al-Masaail (إتحاف السائل بجواب المسائل) – kitab ini adalah merupakan kumpulan jawaban atas pelbagai persoalan yang diajukan kepada beliau oleh Syaikh ‘Abdurrahman Ba’Abbad asy-Syibaami. Dan ianya ditulis sewaktu Imam al-Haddad berkunjung ke Dau’an pada tahun 1072H. Kitab ini mengandungi 15 pertanyaan dengan jawaban dan ulasan yang mendalam dari Imam al-Haddad. Selesai ditulis pada hari Jum’at, 15 Muharram 1072.

An-Nashoih
ad-Diniyah wa al-Washoya al-Imaniyah (النصائح الدينية والوصايا الإيمانية) – kitab ini beliau tulis pada usia 45 tahun. Selesai
ditulis pada hari Ahad, 22 Sya’ban 1089H. Kitab ini mendapat pujian dari para
ulama kerana ianya merupakan suatu ringkasan daripada Ihya. Kata-kata di dalam
kitab ini mudah, kalimatnya jelas, perbahasannya sederhana dan disertai dengan
dalil yang kukuh. Sesuai dibaca oleh orang awwam dn juga khawas.
Sabil al-Iddikar wa al-I’tibaar bima Yamurru bi al-Insan wa Yanqadhi lahu min al-’A’maar (سبيل الإدكار والا عتبار بما يمر بالإنسان وينقضي له من الأعمار) – terdapat perbedaan pendapat mengenai usia Imam Haddad menulis kitab ini. Ada yang mengatakan pada ketika beliau berusia 60 tahun (1104H) atau 63 tahun (1107H). Dan ada yang mengatakan kitab ini diselesaikan pada hari Ahad 29 Sya’ban 1110H. Kitab ini membahaskan mengenai fasa-fasa hidup manusia.

Ad-Da’wah at-Tammah wa at-Tazkirah
al-‘Ammah (الدعوة
التامة
و
التذكرة العامة)
– kitab ini diselesaikan oleh Imam al-Haddad pada usia beliau 70 tahun. Selesai
ditulis pada pagi Jum’at 27 atau 28 Muharram 1114H.
An-Nafais al-‘Uluwiyyah fi al-Masaail as-Shufiyyah (النفائس العلوية في المسائل الصوفية) – kitab ini selesai ditulis pada hari Khamis, bulan Dhulqaedah 1125H. Usia Imam al-Haddad pada ketika ini adalah 81 tahun. Kitab ini membahaskan masalah yang berkaitan dengan shufi.

Al-Fushul al-‘Ilmiyyah wa al-Ushul
al-Hikamiyah (الفصول
العلمية والأصول الحكمية) – kitab ini selesai ditulis pada 12 Shafar 1130H iaitu
ketika Imam al-Haddad berusia 86 tahun iaitu 2 tahun sebelum kewafatan beliau.
Kitab al-Hikam (كتاب الحكم )
Mukhatabat wa Washoya ( مكاتبات و وصايا )
Wasilah al-‘Ibaad ila Zaad al-Ma’aad (وسيلة العباد إلى زاد المعاد);
Ad-Durr al-Mundzum li Zaawil ‘Uqul wa al-Fuhuum (الدر المنظوم لذوي العقول والفهوم);
Tastbitul Fuad ( تثبيت الفؤاد)- dikumpul oleh murid beliau Syaikh Ahmad bin Abdul Karim al-Hasawi asy-Syajjar)
Kebanyakkan karya beliau telah diterjemahkan ke bahasa Inggeris , Perancis dan juga bahasa Indonesia dan Malaysia.

Ibadahnya:
Beliau رضي
الله
عنه
sangat bersungguh-sungguh didalam mengerjakan ibadah dan mujahadah an-Nafs
sedari usianya masih kanak-kanak. Pada bidayahnya beliau mengunjungi seluruh
masjid di kota Tarim untuk beribadah. Beliau sentiasa berjaga malam untuk
mengerjakan ibadah. Hampir 40 tahun beliau bersholat shubur dengan wudhu`
sholat ‘Isya`. Banyak berzikir dan membaca al-Quran. Biji tasbihnya berjumlah
1000 biji. Beliau menunaikan ibadah haji pada tahun 1079H, iaitu ketika berusia
35 tahun. Beliau juga mengambil kesempatan tersebut untuk bertemu para ulama di
Haramain.
Akhlaqnya:
Akhlaqnya mencontohi akhlaq datuknya, Rasulullah صلى لله
عليه
وآله
وسلم
samaada pada perkataan atau perbuatannya. Terkenal sebagai seorang yang
pemurah. Sentiasa manis bibirnya dengan senyuman dan menngembirakan orang lain.
Sangat memberi perhatian kepada penuntut ilmu dan majlis ilmu. Membalas
kejahatan dengan kebaikan. Sangat wara’ dalam perkara-perkara syubhat. Kalau
memberi upah beliau akan memberi lebih tinggi daripada yang diharapkan. Beliau رضي الله عنه
juga adalah seorang yang sangat menyayangi kaum faqir miskin. Beliau pernah
berkata: Andaikata aku berupaya atau mampu, tentu akan aku penuhi keperluan
semua kaum miskin, sebab pada awalnya, agama ini ditegakkan oleh kaum mu’minin
yang lemah. Beliau juga berkata: Dengan sesuap makanan tertolaklah berbagai
bencana.
Beliau
رضي
الله
عنه
seorang yang tidak menyukai kemasyhuran atau kemegahan dan tidak suka dipuji.
Beliau berkata: Banyak orang membuat syair-syair untuk memujiku. Sesungguhnya
aku hendak mencegah mereka, tetapi aku khuatir tidak ikhlas dalam berbuat
demikian. Maka kubiarkan mereka berbuat sekehendaknya. Dalam hal ini aku lebih
suka meneladani Nabi صلى
الله
عليه
وآله
وسلم
kerana Baginda pun tidak melarang ketika shahabat Baginda membacakan
syair-syair pujian kepada Baginda.
Oleh
kerana beliau رضي
الله
عنه
seorang khumul, menghindari syuhrah (kemasyhuran), sangat tidak suka orang
membicarakan karamahnya maka beliau pernah memerintahkan muridnya melupuskan
(dengan menghanyutkan kesungai) 2 jilid kitab disusun yang menyebut tentang
karamahnya. Dan beliau selalu mennashihati muridnya untuk tidak melakukan
ibadah untuk mendapatkan karamah.
Beliau
رضي
الله
عنه
juga suka mendirikan masjid, antara yang dibinanya adalah Masjid al-Awwabin,
Masjid al-Abrar, Masjid al-Abdal, Masjid al-Fath, Masjid at-Tawwabin dan Masjid
Ba’Alawi di Basyon.
Karamahnya:
Al-Habib ‘umar bin Zain bin Sumaith mengatakan bahwa seorang waliyullah yang
hidup sezaman dengan al-Imam ‘Abdullah bin ‘alawi al-Haddad dan bermuqim di
Mekah – sehari setelah kewafatan Imam al-Haddad – telah memberitahu kepada
sejumlah orang di Mekah bahwa semalam Imam al-Haddad telah wafat. Ketika
ditanya, darimana waliyullah itu tahu hal tersebut, maka beliau menjawab: Tiap
hari siang dan malam, saya melihat beliau (Imam al-Haddad) selalu datang thawaf
Ka’bah (padahal Imam al-Haddad berada di Tarim). Hari ini aku tidak melihatnya
lagi, kerana itu aku mengetahui bahwa beliau sudah wafat.
Pujian
Ulama Keatasnya: Mufti Hadhramaut, Habib ‘Abdur Rahman bin Muhammad bin Husain
bin ‘Umar al-Masyhur Ba ‘Alawi dalam Ghaayatu Talkhish al-muraad min fatawa
Ibni Ziyaad menyatakan bahawa Imam a-Haddad رضي الله
عنه
adalah merupakan mujaddid kurun ke-11H. Pada halaman 293 – 294 di pinggir
Bughyatul Mustarsyidin, beliau menyatakan:- [Masalah] Hadits “Bahawasanya Allah
akan membangkitkan buat umat ini pada awal setiap 100 tahun orang yang akan
memperbaharui (mentajdidkan) agama umat ini (yakni yang akan memperbaharui
pegangan dan keyakinan umat terhadap agama mereka),” dikeluarkan hadits ini
oleh Imam Abu Dawud dan Imam al-Hakim dan selain kedua mereka. Dan dalam lafaz
lain dinyatakan “Pada setiap 100 tahun seorang lelaki daripada ahli baitku,”
sebagaimana dinyatakan oleh Imam Ahmad. Berkata Imam as-Sayuthi, hadits ini
adalah masyhur dengan diriwayatkan oleh para hafiz yang muktabar. Maka mujaddid
bagi:-
Kurun pertama: Sayyidina ‘Umar bin
‘Abdul ‘Aziz;
Kurun ke-2: Imam Muhammad bin Idris asy-Syafi`i;
Kurun ke-3: Ibnu Suraij atau al-Asy’ari;
Kurun ke-4: ash-Sha’luki atau Abu Hamid al-Isfaraini atau Qadhi Abu Bakar al-Baaqilani;
Kurun ke-5: Imam al-Ghazali tanpa ada khilaf;
Kurun ke-6: al-Fakhrur Razi atau ar-Rifaa`i;
Kurun ke-7: Ibnu Daqiiqil ‘Eid;
Kurun ke-8: al-Bulqini dan Zainuddin al-’Iraqi atau Ibnu Bintil Mailaq;
Kurun ke-9: Syaikh Zakaria al-Anshari sebagaimana dinyatakan oleh guru kami ath-Thanbadaawi dan adalah Imam asy-Sayuthi telah menisbahkan tajdid kepada dirinya (yakni menyatakan dirinya sebagai mujaddid), dan tiada syak bahawa Syaikh Zakaria lebih memberi manfaat (buat umat) dan lebih masyhur, maka dialah mujaddid ke-9 ini, insya-Allah;
Kurun ke-10: yang aku jumpa daripada keterangan para masyaikh bahawa mujaddid kurun ini ialah Syaikh Ahmad bin Hajar al-Haitami atau Imam Muhammad ar-Ramli, dan dirajihkan oleh sebahagian ulama bahawa mujaddidnya ialah Imam Muhammad ar-Ramli kerana Imam Ibnu Hajar meninggal sebelum berlalu kurun (yakni Imam Ibnu Hajar meninggal di akhir kurun dan tidak bertemu dengan awal kurun yang baru);
Kurun ke-11: Sayyidinal Quthub ‘Abdullah bin ‘Alawi al-Haddad ‘Alawi;
Kurun ke-12: al-Quthub Ahmad bin ‘Umar bin Sumaith Alawi. [petikan dari blog Ustaz Abu Muhammad - Bahrusshofa]

Seorang
ulama menggambarkan kedudukan beliau dengan ungkapan: Didalam dunia tasawwuf
Imam al-Ghazali ibarat pemintal kain, Imam ‘Abdul Wahab asy-Sya’rani ibarat
tukang potong dan al-Habib Abdullah bin ‘Alawi al-Haddad adalah penjahitnya.
Syaikh
Hussin bin Muhammad BaFadhal al-Makki (wafat 1087H) mengatakan: Bahwa ada 3
tokoh pada masanya. Pertama, yang halnya menutupi maqalnya iaitu Al-Habib
Muhammad bin ‘Alwi al-Saqqaf (mufti Mekah), kedua yang maqalnya menutupi halnya
iaitu Syaikh Ahmad al-Qusyasyi (mufti Madinah, wafat 1071H), dan ketiga, yang
sampai pada darjah sempurna diantara hal dan maqalnyanya itu al-Imam al-Habib
‘Abdullah bin ‘Alawi al-Haddad. Syaikh Hussin baFadal juga mengatakan: Dia
(Imam al-Haddad) adalah lautan bathin dan dzahir.
Al-Habib
Abu Bakar al-Jufri (wafat 1089H) mengatakan: Aku telah berkumpul dengan lebih
dari 40 orang waliyullah, tetapi aku tidak pernah mneyaksikan seperti Sayyid
‘Abdullah al-Haddad, dan tidak ada pula yang mengunggulinya. Dia ialah Nafas
Rahmani.
Kewafatannya:
Khamis 27 Ramadhan 1132H, beliau mula sakit dan sakitnya berlanjutan selama 40
hari sampai akhirnya pada malam Selasa 7 Dzulqaedah 1132H (bersamaan 10
September 1720M), al-Habib Abdullah bin ‘Alawi bin Muhammad bin ‘Ali al-Haddad رضي الله عنه
dijemput Allah kehadratNya ketika berusia 89 tahun. Makam beliau رضي الله عنه
terletak di kawasan pemakaman Zanbal, di kota Tarim. Semoga Allah melimpahkan
rahmatNya kepada ruhnya dan memberi manfaat kepada kita dengan ilmu-ilmunya
اَلَّلهُمَّ انْشُرْنَفَحَاتِ الِّرضْوَانِ عَلَيْهِ، وَأَمِدَّنَا بِالأَسْرَارِ الَّتِي أَوْدَعْتَهَالَدَيْهِ. اَلَّلهُمَّ صَلِّ
عَلىَ
جَدِّهِ النَّبِيِّ الأَمِيْنَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ
وَصَحْبِهِ أَجْمَعْيْنَ
Ya
Allah! Sebarkanlah hembusan keredhaanMu ke atasnya dan limpahkanlah ya Allah,
kepada kami segala rahsia yang Engkau simpan disisinya. Ya Allah! Kurniakanlah
rahmat dan kesejahteraan keatas nendanya, Nabi al-Amin, penghulu kami Muhammad صلى الله عليه
وآله
وسلم
dan keatas keluarga dan shahabat-shahabatnya sekalian
الفاتحة إلى
حضرة
النبي
محمد
صلى
الله
عليه
وآله
وسلم
وإلى
روح
سيدنا
قطب
الإرشاد وغوث
العباد
والبلاد الحبيب
عبد
الله
بن
عاوي
بن
محمد
الحداد
وأصوله
وفروعهم أن
الله
يعلي
درجاتهم في
الجنة
ويكثر
من
مثوباتهم ويضاعف
حسناتهم ويحفظنا بجاههم
وينفعنابهم ويعيد
علينا
من
بركاتهم وأسرارهم وأنوارهم وعلومهم ونفحاتهم في
الدين
والدنيا والآخرة – الفاتحة
Sebagai
mengakhiri manaqib ringkas Imam al-Haddad, ambo bawakan sepotong nashihat
beliau yang sangat berharga untuk panduan kita ….. dari himpunan syair beliau
berjudul ad-Durrul Mandzum yang ambo petik dari blog Ustaz Abu Muhammad
(Bahrusshofa)
Jika
kau ingin hidup bahagia sepanjang umurmu dan setelah mati, kuburmu dijadikan
taman syurga;
Dan
engkau dibangkitkan tatkala tiupan sangkakala dalam keadaan aman dari rasa
takut, terancam, terusir dan dari kerugian;
Dan
dihadapkan (kepada Allah) dalam kemuliaan dan keagungan, diberi khabar gembira
oleh para malaikat dengan kejayaan dan ganjaran pahala;
Dan
diberatkan timbangan amalanmu dengan amalan-amalan yang menggembirakan engkau
di Padang Mahsyar;
Dan
engkau melintasi sepantas kilat titian ash-Shirath, serta meneguk minuman dari
telaga Nabi al-Mustofa yang suci;
Dan
hidup kekal dalam syurga-syurga yang tinggi penuh keni’matan, mendapat bahagian
untuk dekat dengan Tuhan yang Satu, Maha Esa dan Tunggal;
Dan
engkau melihatNya dengan matamu dalam keadaan Dia Maha Suci dari bertempat,
dari kaifiyyat, dari had dan batasan;
Maka
perelokkan keyakinanmu, kerana sesungguhnya apabila keyakinan telah sempurna,
yang ghaib akan nampak nyata tanpa diengkari;
Dan
jadikanlah Asy’ariyyah sebagai pegangan i’tiqadmu, kerana sesungguhnya ia
adalah sumber minuman yang suci bersih dari penyimpangan dan kekufuran;
Dan
telah menyusun Quthubul Imam sandaran kita, ‘aqidahnya yang merupakan penawar
bagi segala marabahaya;
Dan
orang yang kumaksudkan dengannya itu ialah satu-satunya yang disifatkan dengan
gelaran Hujjatul Islam (yakni Imam al-Ghazali رحمه الله
), maka sudah sepatutnya engkau berasa bangga.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar